Thursday, November 18, 2010

ku Lalui Sunnatullah itu~

umat takut hendak tegakkan hukum Islam secara Kaffah, mengapa??

Membawa kebenaran itu memang payah 
Namun...
Jika hati itu telah menjadi milik Allah Maka tiada lagi kegundahan jiwa. 

Bukan mudah... 
Yang penting walau apa pun persepsi manusia 
Selagi Al-Quran dan As-Sunnah menjadi benteng kehidupan, 
Juga... 
Solat lima waktu ditegakkan dengan penuh kehambaan 
   Pasti... 

Pasti akan Allah s.w.t. tunjukkan jalan. 
Ambillah insan...
Pengalaman hidup yang dilalui sebagai pengajaran 

Namun... 
Kesedaran yang Allah ilhamkan 
Mampu menggoncangkan hati dan iman 

Sungguh...
Bukan mata yang buta tapi hati di dada 
Beruzlahlah kelak kan kau temui hikmah 
Bersabarlah sesungguhnya itu adalah tarbiyah Allah 

Bersihkanlah.... 
Segala persepsi yang membelenggu dirimu 
Aku hanya berpesan 
Untuk sama seiring sejalan menuju Tuhan 

Yakinlah... 
Sungguh Allah itu dekat 
Mengapa tidak kau rasainya 

Apakah manusia telah lupa?
Setelah ia merasakan kecukupan dalam kehidupan Ia sombong pada Tuhan... 
Ia lupa... 
Siapa yang membukakan matanya selama ini? 
Siapa yang memberikan rezekinya selama ini?
Siapa?
Kalau bukan Tuhan... 
Tapi kenapa manusia lupa...

"Wahai orang-orang yang beriman! Jadilah kamu penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah, walaupun terhadap dirimu sendiri atau terhadap ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika dia (yang bertakwa) kaya ataupun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatan (kebaikannya). Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran. dan jika kamu memutarbalikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka ketahuilah Allah Mahat Teliti terhadap segala apa yang kamu kerjakan." (An-Nisa,4:135) 

"Dan inilah jalan Tuhanmu yang lurus. Kami telah menjelaskan ayat-ayat (Kami) kepada orang-orang yang menerima peringatan." (Al-An'am,6:126)






~peringatan buat diriku~

ekslusif!!

~bismillah..
artikel ni banyak membuka hati ini, tu yg rasa nk share kt dlm post kali ni, harap dpt membantu teman2 yg mencari jawapan akan persoalan yg berkaitan..wallahu'alam..~



“Bagaimana andai selepas bertunang setelah sekian lama, dia tidak suka lagi pada kita? Suka pada orang lain”, soal Kak Raiha tiba-tiba.

“Jangankan semasa bertunang kak. Orang berkahwin pun boleh pudar cintanya”.

“Betul juga”.

Persoalan tergantung. Tidak berjawab.

Masing-masing diam. Mata memandang ke tingkap merenung titisan hujan yang lebat.

Aksesori Cinta

“Sememangnya rasa suka yang memutikkan cinta itu perlu. Namun, cinta sahaja tidak menjamin”, Kak Raiha memecahkan kesunyian.

“Maksud akak?”.

“Cinta perlukan aksesori sampingan. Rasa cinta perlu hadir dengan rasa tanggungjawab”.

“Aksesori lain ialah kepercayaan”, tambah Kak Raiha lagi.

Saya semakin mengerti apa yang Kak Raiha cuba sampaikan.

“Rasa tanggungjawab dan kepercayaan ini tidak akan wujud andai tidak rasa diri berTuhan. Cinta jadi tidak berperaturan. Cinta yang jauh dari berpaksikan Tuhan”, saya cuba membuat kesimpulan.

“Benar. Andai cinta berpaksikan Tuhan, barulah lahir cinta sejati yang menyembuhkan, bukan menyakitkan. Bukan cinta buta buatan manusia”.


Cinta Tanpa Tanggunjawab

“Remaja kini terdedah dengan cinta, namun cetek ilmu menguruskannya. Tanpa ilmu, sukar melahirkan rasa tanggungjawab”, Kak Raiha cuba menghuraikan aksesori pertama.

“Tanpa rasa tanggungjawab, si teruna tidak bersifat melindungi kaum wanita. Kaum wanita pula sewenang-wenangnya menyerahkan jiwa dan raga”.

Saya diam mendengarkannya. Realiti yang harus diterima. Realiti bahawa ramai remaja yang terlibat dengan cinta di awal usia, terjebak dengan maksiat dan zina. Realiti yang bimbang lagi meresahkan.

Dengan rasa tanggungjawab yang tinggi, si lelaki akan menghormati wanita dengan tidak merosakkannya. Kesuciannya dipelihara sehinggalah dihalalkan melalui lafaz janji `aku terima nikahnya`. Rasa tanggungjawab yang tinggi juga membentengi diri seorang wanita untuk memelihara kehormatan diri dan rahimnya. Wanita bertanggungjawab untuk mempertahankan dirinya untuk suami yang halal buatnya. Memelihara kesucian rahimnya untuk zuriat yang bakal dilahirkannya.



“Cinta yang Allah gariskan bukanlah untuk menyekat. Cinta berperaturan untuk meningkatkan darjat. Cinta ekslusif!”, pesanan berharga buat remaja mabuk bercinta.

“Cinta tanpa tanggungjawab juga boleh menyebabkan rumah tangga porak peranda”, Kak Raiha mengubah konteks, daripada isu remaja kepada keluarga.

“Dengan mudah, si ayah mahupun ibu boleh `mencintai` orang lain. Bayangkan, andai ibu ataupun bapa sibuk menunaikan tanggungjawab yang tidak pernah selesai terhadap pasangan dan anak-anaknya, soal `terjatuh cinta` dengan orang ketiga pasti dapat dielakkan. Memanglah cabarannya sentiasa ada. Namun, boleh dielakkan!” Kak Raiha sedikit emosi. Tidak adil, tetapi ingin bercinta lagi.

“Setuju kak. Sekalipun suami dan isteri saling mencintai. Tanpa tanggungjawab, selama manakah cinta dapat bertahan agaknya. Cinta dan sayang terhadap anak-anak juga perlu dinilai dengan tanggungjawab”.

“Benar. Anak-anak juga harus punya cinta yang penuh tanggungjawab terhadap ibu bapa”. Peranan anak-anak pula disentuh.

“Bagaimana pula tu?”.

“Anak-anak zaman kini kadangkala sibuk bekerja. Tiada masa untuk bersama ibu bapa”.

“Sekalipun ibu dan bapa pernah melakukan kesilapan ataupun mempunyai kekurangan dalam mendidik kita, jangan menyimpan dendam. Biarlah kekurangan itu dinilai Allah. Lihat perkara positif pada ibu bapa kita. Selain kuasa Allah, jika bukan jasa mereka, masakan kita hidup sehingga kini. Dibesarkan dan dijaga”.

“Andai semua pihak melihat cinta disertai tanggungjawab, insyaAllah tidak timbul masalah. Masing-masing akan fokus pada memberi. Bukan menuntut hak”, saya cuba membuat kesimpulan mengakhiri perbualan.

“Benar, cinta pada Allah juga menuntut kita untuk menzahirkannya. Laksanakan tanggungjawab sebagai hambaNya yang bertaqwa”.


Dicintai Dan Dipercayai

Selain cinta dengan rasa tanggungjawab, cinta juga perlu lengkap dengan mempercayai.

Boleh anda bayangkan hidup tanpa wujud rasa percaya pada orang lain. Tidak percaya orang lain boleh melaksanakan tanggungjawabnya. Tidak percaya orang lain boleh menyimpan rahsia. Bermacam-macam lagi. Tanpa rasa percaya, sukar untuk hidup bahagia. Asyik resah tidak menentu hala.

Justeru, mempercayai itu amat penting dalam memelihara hubungan. Mempercayai seseorang bukan sahaja membuatkan diri kita tenang, bahkan membuatkan diri orang yang dipercayai itu lebih yakin.

Soalnya ialah bagaimana untuk membuatkan diri ini dipercayai sekaligus membina kepercayaan. Kemudian, bagaimana untuk memelihara kepercayaan itu sepanjang perhubungan?

Saya kira, membina kepercayaan mengambil masa. Memulihkan kepercayaan lebih banyak mengambil masa!

Sebelum menjalin hubungan, kepercayaan boleh mula dipupuk. Syaratnya ialah dengan tidak bermuka-muka ataupun berlakon. Lihatlah pada akhlak dan ibadahnya. Andai si dia menjaga hubungannya dengan Allah dan manusia, insyaAllah, apabila bersama kelak, kepercayaan itu sudah terbina.

Bayangkan seorang lelaki yang matanya liar memandang wanita lain. Apakah kita percaya selepas berkahwin kelak, dia akan menundukkan pandangnya?

Bayangkan seorang wanita yang tidak segan silu bertepuk tampar dengan lelaki yang haram buatnya. Apakah selepas bernikah kelak, dia akan menjadi wanita pemalu yang memelihara kelakuannya?

Bayangkan seorang teman yang suka mengumpat orang di sana-sini. Apakah kita yakin, kita tidak akan diumpatnya selepas menceritakan masalah kepadanya?

Ya, benar, manusia boleh berubah dengan izin Allah. Namun, kepercayaan sudah tercalar. Sukar!

Binalah kepercayaan sebelum menjalin hubungan. Kemudian peliharalah kepercayaan itu. Sekali tercalar, mengambil masa untuk memulihkannya.

Cinta Perlu Disuburkan

Cinta perlu ada rasa tanggungjawab dan mempercayai. Semacam kering sahaja bunyinya. Serius dan tidak berwarna-warni. Disebabkan itulah, cinta sesama manusia ini perlu disuburkan dengan kata-kata dan sentuhan. Sentuhan fizikal mahupun jiwa.

Memuji sahabat tentang kelebihan dan sifat positif dirinya.

Membelai anak yang sudah remaja dengan kasih dan mesra.

Menghadiahkan bunga buat isteri tercinta.

Menggantikan bebelan dengan kata-kata semangat buat suami tatkala perkahwinan bertambah usia.

Mengusap wajah ibu dan ayah yang sudah tua dan tidak berdaya.

Bermacam-macam perkara yang boleh dilakukan untuk menyuburkan hubungan sesama manusia melalui sentuhan dan kata-kata. Kadangkala, kita yang tidak amalkannya. Lama-kelamaan, bertukar menjadi kekok. Kemudian, dilabel buang tabiat. Parah!

Mari kita hayati kembali sirah. Kisah cinta manusia paling agung. Cinta Rasulullah terhadap isterinya. Cinta bukan dalam bentuk `segera`. Cinta Rasulullah disertai usaha yang dibajai sentuhan dan kata-kata. Dengan izin Allah, mencairkan hati, menyentuh jiwa.

Tatkala isteri tidur nyenyak kepenatan, Rasulullah memilih untuk tidur diluar, kerana kasihan.

Rasulullah juga tidak kekok meringankan beban isteri dalam menguruskan rumah tangga.

Pernah satu ketika, hidung Saidatina Aisyah dipicit. “Sabar dahulu ya Humaira”, kata nabi seraya memicit hidung Aisyah. Sentuhan mesra untuk menyabarkan dan meredakan.

Rasulullah dan isterinya saling menasihati, bersama-sama memperbaiki diri.

Biji benih gred A, andai tidak dibaja dan dijaga, masakan dapat menghasilkan buah yang sedap. Samalah halnya dengan cinta, andai tidak dibaja, masakan dapat terus kekal bahagia.

Cinta itu perlu, namun cinta semata-mata tidak membawa ke mana. Permulaan yang baik itu tidak menjamin kesudahan yang baik, tanpa baja dan dijaga.

Semoga kita sama-sama dapat amalkan tatkala diri menjalin cinta sesama makhluk menuju cinta kepadaNya.









Wednesday, October 6, 2010

suRaT kAkaK kPd aDiK~

Dengan nama Allah pencipta angkasa, penghampar bumi


Selawat dan salam buat daei agung, Muhammad saw beserta pengikut  baginda, 
Kita pohon perlindungan Allah daripada syaitan laknatullah. 

Assalamualaikum, Adik 
Adik, Kamu bukan sekadar anak ibu ayah. 
Kenapa baru sekarang akak nak beritahu pada kamu? Bukankah molek kalau
ibu ayah sendiri beritahu sejak kamu dalam buaian, dalam walker atau
atas basikal 4 roda? Kenapa mesti sekarang – ketika kamu sudah punya
lesen memandu, bersekolah tahap tertinggi dan sudah dewasa? Kelewatan
ini bukan salah ibu atau abah, kerana seperti kamu, mereka juga mangsa
keadaan. 
Adik, biar akak ceritakan segala-galanya. Kamu bukan sekadar anak
ibu, tapi kamu anak Asad! Benar, Asad bukan nama ayah kamu, dan kamu
tak pula berbinkan Asad. Sungguh, jiran sebelah rumah kita juga
bernama Asad, tetapi dia juga bukanlah bapa biologi kamu. Telenovela
keluarga kita tidak semurah Rosalinda, tidak sedangkal slot Samarinda,
yang sikit-sikit isteri curanglah, anak orang ni anak haram lah dan
bla bla blah!. Drama keluarga kita adalah suatu realiti nyata yang
melanda banyak lagi keluarga di dunia. Drama keluarga kita adalah
suatu untaian sejarah silam, yang menyaksikan kebaikan bertarung
dengan kejahatan. Drama keluarga kita adalah tentang penakluk dunia,
penyelamat manusia! 
Akak malas berteka-teki, ber-Misteri-Nusantara dan berbasa-basi dengan
kamu lagi. 

Zaman satu bangsa yang hina -akan ada ilmuwan, sasterawan dan orang
arif bijaksana! – Mereka kelihatan berbeza dengan pelbagai ideologi –
tetapi semuanya sependapat satu target-Mereka ajar anak singa agar
jadi kijang pengecut – dan mereka padamkan kisah-kisah singa pada
bicara silam – Cita-cita mereka, menggembirakan hamba dengan
perhambaan – Seluruh pengajaran mereka hanyalah penipuan cendekiawan –
(Muhammad Iqbal, Diwan Dharb al-Kalim) 
Adik! Kamu adalah anak Asad yang telah dijinakkan jadi kijang bacul –
kecut sama musuh. Kamu adalah anak Asad yang digantikan seni wiranya
dengan seni hedonisma. 
Kamu adalah anak Asad yang dahulunya merdeka tetapi kini dijadikan
hamba gaji dan organ reproduktif-nya. 
Keluarga sudah gagal dalam menjadi institusi tarbawi. 
Ibu ayah cuma tahu hantar kamu mengaji sampai universiti. 
Soal membentuk anak jadi Muslim sejati biar ustaz setel sendiri 
Sistem pendidikan sekadar ajar budak supaya besar kelak pandai cari
makan. 
Modenisasi, Demokrasi, Kapitalisme, Sekularisme dan ideologi
berilahkan Taghut diterap halus sampai kamu tak perasan. 
Dan kamu membesar bergelar Muslim, tapi hidup sekadar cari makan dan
menyambung keturunan! 
Kita hidup tak kenal jati diri, pada siapa – ibu , ayah dan kamu nak
tuding jari? 

Ustaz di sekolah, Parameswara, kerajaan, Pakatan Rakyat ataupun mufti? 
Salahkan pemimpin umat yang dijangkit wahn tanpa sedar dia bertuhankan
hamba, bukan Ilahi! 
Ah! Salahkan musuh-musuh Islam – Yahudi laknatullah serta Kuffar yang
menjahanamkan kita dengan licik rapinya strategi! 
Mereka kini jadi world order, semua orang pakat kagum mahu contohi. 
Konon habis moden, aman sejahtera, kaya-raya walhal tak ber-ilah-kan
Allah sampai jahanam nilai insani. 
Mereka mahu kekal dengan gaya hidup ingkari Allah, lalu tarik kita
join sekali! 

Dan, kamu Adik – anak Asad penyelamat dunia mereka jinakkan hingga
lemah tak bergerak. Kemanusiaan karam dalam lumpur Jahiliyah tapi kamu
masih tak nampak-nampak. 
Walhal satu dunia menanti bangunnya kamu menggembalikan kita pada
sistem hidup Islami yang takkan pernah hapak! 
Sampai bila mahu membuta sedapkan hati konon dunia ini aman tak
perlukan kamu, hai anak Asad? 
Sampai bila mahu menyorok dalam zon selamat, tak mara menyedarkan dan
memimpin umat? 
Adik, Bangun dan sedar! Kasi gegar satu dunia ini dengan ngaumanmu
yang gamat!!! 
Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, 
menyuruh yang makruf, 
mencegah dari yang munkar 
dan beriman kepada Allah…. 
(Ali-Imran 3:110) 













...wallahu'alam...
~sekadar perkongsian dr sahabatku dlm Bahrul "Arifah~

Tuesday, October 5, 2010

TARBIYYAH~HANYA TARBIYYAH~


Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat,
sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang
senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.
Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh
tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.
Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat
atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,

-yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia
dalam kesusahan. Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak
share pun dengan orang lain.
-yang cepat mengalah,
-yang meletakkan halaqah, usrah, taaruf contact, program dakwah dalam
diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara
penting’ yang lain.
-yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh
mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.
Dakwah bukan untuk orang yang ikut halaqah hanya kerana nak disebut
sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.

Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.
Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di
jalan Allah.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa
berjalan jauh.
Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat,
mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju.
Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.
Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan inform dia setiap
masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya
tunggu information.

Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang
berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan
orang susah, miskin, dan pakai comot.
Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak
beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja,
keluarga tak bagi keluar.



Tarbiyyah bukanlah segala-galanya.
Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.
Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus
berjalan.
Islam akan tetap berjaya.
Ummah akan tetap terpelihara.
Cuma tanpa pencerahan, Tanpa tarbiyyah, Tanpa dakwah
Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa.
Dakwah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran
anda.
Berbahagialah seadanya.

Nota: Saya menghitung diri. Terlalu kerap menuturkan. “saya busy..saya
sibuk..saya penat..saya letih..”
Adakah ini petandanya saya terlalu manja?
Ya Allah, tabahkan hamba-Mu. “amanah ini bukan hak milik, tp anugerah
dr Nya”

يا أيها الذين آمنوا لم تقولون ما لا تفعلون كبر مقتا عند الله أن تقولوا
ما لا تفعلون
Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak
kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan
apa-apa yang tiada kamu kerjakan.(As-shoff:2,3)

T_T Naudzubillahimindzalik!





Thursday, September 30, 2010

"Aku sudi terima hanya kerana Allah??"





Musuh-musuh Islam memang tidak menghendaki kaum Muslim berpegang teguh pada Islam secara utuh. Mereka tidak akan berdiam diri terhadap usaha kaum Muslim untuk menegakkan syariat Islam. Mereka berusaha keras untuk memisahkan kaum Muslim dari syariat Islam. Mereka terus berusaha mengaburkan syariat Islam dan mengikis sedikit demi sedikit syariat Islam dari kehidupan kaum Muslim.

Ternyata usaha mereka membuahkan hasil. Sedikit demi sedikit syariat Islam dipinggirkan oleh umatnya sehingga yang tinggal hanyalah peraturan yang berkaitan dengan ibadah ruhiyah (
spiritual) dan kekeluargaan (munakahad). Namun, tidak cukup dengan itu, mereka juga terus berusaha untuk merosakkan hukum-hukum kekeluargaan  dalam rangka memusnahkan kehidupan keluarga Muslim yang masih tinggal.

Membina Keluarga Islam

Keluarga Islam adalah keluarga yang dibangun atas dasar ketaatan kepada AllahSubhanahu wa Taala, yang mana pemahaman asas anggotanya adalah hanya mencari keredhaan Allah Subhanahu wa Taala, dan yang di atur oleh peraturan-Nya. Setiap anggota keluarga Islam ini menjalankan hak dan kewajiban masing-masing sesuai dengan peraturan Allah Subhanahu wa Taala. Ketaatan ini dimulakan dari sejak awal, iaitu dari sejak menentukan kriteria pasangan hidup, proses memilih, khitbah (meminang), pernikahan, serta proses menjalani kehidupan rumahtangga, iaitu sentiasa berada di jalan kebenaran, jalan Allah Subhanahu wa Taala.

Motivasi awal yang benar merupakan asas untuk membangun kehidupan rumahtangga yang kukuh. Dalam hal ini, Islam menetapkan bahwa motivasi seseorang melangsungkan kehidupan suami-isteri adalah untuk melaksanakan salah satu dari bentuk ibadah kepada Allah Subhanahu wa Taala. Kehidupan pernikahan adalah kehidupan persahabatan antara seorang suami dan isterinya. Suami menjadi sahabat kepada isterinya dan isteri menjadi sahabat kepada suaminya secara sempurna dalam seluruh aspek kehidupan. Allah telah menjadikan pernikahan sebagai tempat ketenangan bagi pasangan suami isteri, sebagaimana firman-Nya:

”Di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah diciptakan-Nya untuk kalian isteri-isteri dari diri kalian sendiri—supaya kalian cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya di antara kalian rasa kasih sayang.  Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” [TQS Surah ar-Rum [30]: 21].

Bagaimana kita dapat membentuk keluarga yang sesuai dengan tuntutan Allah Subhanahu wa Taala, iaitu sebuah keluarga yang berasaskan ideologi Islam?

Pertama, asas dari pernikahan tersebut adalah akidah Islam, bukan manfaat ataupun kepentingan.  Dengan menjadikan Islam sebagai landasan, maka segala sesuatu yang terjadi dalam keluarga tersebut dirujuk kembali pada Islam.

Kedua, adanya visi dan misi yang sama antara suami isteri tentang hakikat, tujuan hidup dan berkeluarga dalam Islam.

Ketiga, memahami dengan benar fungsi dan kedudukan masing-masing dalam keluarga dan berusaha sedaya upaya menjalankannya sesuai dengan tuntutan Allah dan Rasul-Nya.

Keempat,  menjadikan Islam dan syariatnya sebagai penyelesaian terhadap seluruh permasalahan yang terjadi dalam kehidupan berkeluarga. Halal dan haram dijadikan landasan dalam melakukan sesuatu, bukan hawa nafsu.

Kelima, mengamalkan amar makruf nahi mungkar di antara sesama anggota keluarga sehingga seluruh anggota keluarga sentiasa berjalan pada landasan Islam.

Keenam, menghiasi  rumah dengan membiasakan melakukan amalan-amalan sunnah, seperti membaca al-Quran, bersedekah, melakukan solat sunnah, dan sebagainya.

Ketujuh, sentiasa berdoa kepada Allah dan bersabar dalam apa jua situasi.


Peranan Penting Keluarga 

Itulah bangunan asas untuk membentuk keluarga yang kukuh dan berideologi Islam. Lebih dari itu, bangunan keluarga tersebut akan mencapai kekuatan yang hakiki jika berjaya di dalam persekitarannya, kerana keluarga memiliki peranan yang penting dalam pembentukan sebuah masyarakat. Keluarga adalah persekitaran awal pendidikan asas bagi seorang manusia. Jika keluarga, sekolah, dan masyarakat merupakan sendi-sendi pendidikan yang penting, maka keluarga adalah pemberi pengaruh pertama.  Keluarga memiliki peranan strategik dalam proses pendidikan anak, bahkan umat manusia. Keluarga lebih kuat pengaruhnya dari sendi-sendi yang lain. Sejak awal kehidupannya, seorang manusia lebih banyak mendapat pengaruh dari keluarga sebab waktu yang dihabiskan di keluarga lebih banyak daripada di tempat-tempat lain.

Pada hakikatnya, pendidikan di dalam keluarga merupakan pendidikan sepanjang hayat. Pembinaan dan pengembangan keperibadian serta penguasaan tsaqâfah Islam dilakukan melalui pengalaman hidup sehari-hari dan dipengaruhi oleh sumber pembelajaran yang ada di dalam keluarga, terutama ibu dan bapanya. Keluarga adalah sebahagian dari masyarakat. Hubungan keduanya saling berkaitan dan saling mempengaruhi. Nilai masyarakat yang baik dan benar akan mewarnai kehidupan keluarga; begitu juga sebaliknya kerana individu-individu yang beriman dalam keluarga yang Islamik akan menjadi benih bagi penyebaran pemikiran, perasaan dan peraturan, serta nilai Islam di tengah masyarakat. Jadi, peranan keluarga dalam masyarakat tidak boleh diabaikan. Keluarga mesti dibina dan ditegakkan di atas nilai Islam.

Begitu pentingnya pembinaan dan pendidikan di dalam keluarga, pendidikan anak sejak awal dalam keluarga akan tertanam secara kuat di dalam diri seorang anak. Sebab, pengalaman hidup pada masa-masa awal umur manusia akan membentuk ciri-ciri khas, samada dalam tubuh mahupun pemikiran, yang boleh jadi tidak ada yang dapat mengubahnya sesudah masa itu.

Untuk itu, keluarga secara langsung ataupun tidak turut mempengaruhi jatidiri sebuah masyarakat. Dari keluargalah munculnya generasi manusia yang bermartabat, memiliki perasaan kasih sayang, dan saling tolong-menolong di antara mereka. Dengan itu, akan  terciptalah aturan kehidupan masyarakat yang kuat, yang disokong oleh keluarga-keluarga yang harmoni dan berkasih sayang kerana memiliki pemikiran ideologi Islam sebagai asasnya.

Keluarga Islam tidak boleh memisahkan diri dengan masyarakat sekelilingnya. Kita mesti berada di tengah masyarakat; mewarnai dan mengubahnya dari keadaan jauh dari Islam menjadi Islamik. Langkah inilah yang dicontohkan oleh Rasul. Rasulullah memerintahkan kita berbuat baik terhadap jiran tetangga, ertinya mesti ada interaksi yang positif dengan persekitaran tempat kita berada. Bahkan, Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam memerintahkan kita untuk menjadi orang yang membuat kebaikan, kerana Rasul bersabda, “Sebaik-baik manusia adalah orang yang paling banyak berbuat kebaikan (manfaat) kepada yang lainnya.”

Kepentingan Sistem Politik yang Kondusif
Akhirnya, hal penting lainnya yang tidak boleh kita abaikan dalam pembentukan keluarga yang kuat dan berideologi Islam adalah peranan sistem yang menyokong hal tersebut. Ini adalah kerana walau betapa kuatnya kita melindungi keluarga dengan idea-idea dan pemikiran-pemikiran Islam dan pembinaan yang gigih kepada anak-anak dan anggota keluarga lainnya, apabila sistem yang dilaksana dan dikuatkuasakan di tengah kehidupan keluarga itu tidak menggunakan peraturan-peraturan Islam, maka sukar bagi bangunan keluarga yang kukuh itu untuk bertahan.

Ini disebabkan serangan dari luar akan senantiasa menghalang, samada dalam bentuk (i) pemikiran-pemikiran yang bertentangan yang boleh mempengaruhi tingkah laku dan moral anggota keluarga ataupun (ii) rintangan melalui ekonomi yang menyukarkan untuk memenuhi  keperluan asas anggota keluarga. Dari sinilah biasanya muncul tindakan jenayah dan lain-lain masalah sosial. Untuk itu, penataan kehidupan yang benar berkaitan dengan semua urusan masyarakat sangat diperlukan. Dengan sistem politik Islamlah semua ini boleh diwujudkan.

Sistem politik Islam memiliki kemampuan untuk memberikan penyelesaian atas semua persoalan. Sama ada persoalan individu, keluarga, ataupun masyarakat. Sistem Islam mampu membendung serangan musuh-musuh Islam di tengah-tengah kaum Muslim dan menjaga masyarakat agar tetap dalam keimanan dan aturan yang sesuai dengan peraturan Islam. Hal ini dilakukan dengan cara penerapan peraturan-peraturan Islam yang menyeluruh. Sebab, sistem politik Islam itu sendiri intinya adalah bagaimana menciptakan pengaturan urusan masyarakat sesuai dengan tuntutan syariat Islam sehingga tercipta aturan masyarakat yang baik, damai, dan sejahtera; yang dipenuhi dengan keampunan dan keredhaan Allah Subhanahu wa Taala.




Khatimah

Untuk menghalang usaha  menghancurkan  keluarga Muslim dan Islam secara umumnya, maka kaum Muslim secara bersama-sama dituntut untuk memiliki kesedaran dalam memahami Islam secara menyeluruh dalam segala aspek. Dengan begitu, kaum Muslim akan dapat memahami dan menjangkakan bahaya idea-idea asing yang bertentangan dengan Islam seperti  feminisme, kesamaan gender, emansipasi, liberalisme dan sebagainya. Pemahaman Islam seperti ini boleh kita perolehi dengan cara membina diri kita dan kaum Muslim secara terus-menerus dengan tsaqâfah Islam.

Tsaqâfah Islam tersebut kemudiannya dijadikan sebagai acuan atau landasan untuk berhadapan dengan pelbagai pemikiran dan pemahaman asing yang menyerang. Hal ini mesti diteruskan dengan sentiasa mengikuti perkembangan berita dan fakta-fakta, kemudian memahaminya dan memberikan penyelesaian sesuai dengan Islam.

Selain itu, penting untuk melibatkan diri secara aktif dalam usaha menyebarkan idea-idea Islam tersebut di tengah-tengah masyarakat. Ini adalah kerana membentuk keluarga yang kukuh tidak cukup dilakukan oleh individu di dalam sebuah keluarga semata-mata. Akan tetapi, hal itu juga mesti ditempuh secara politik, sistematik, dan ideologis dalam suatu gerakan yang terorganisasi secara rapi. Ini juga disebabkan kaum kafir pun, dalam menghancurkan keluarga Muslim,  melakukannya bukan hanya melalui aktiviti penyebaran idea secara individu semata, tetapi melalui sebuah gerakan yang memiliki kekuatan besar dan didukung oleh ideologi tertentu (kapitalis-sekular) di belakangnya.

Oleh kerana itu, yang perlu menjadi agenda kaum Muslim pada masa ini untuk menghalang usaha menghancurkan keluarga Muslim adalah bagaimana menghadirkan  Islam dengan pemahaman Islam yang utuh dan menyeluruh dalam pengaturan umat secara nyata, sama ada diperingkat individu, keluarga, masyarakat, mahupun negara. Dengan begitu, kaum Muslim boleh keluar dari kesengsaraan dan sekaligus bangkit kembali sebagai umat terbaik (khayr al-ummah), yang tegak di atas keluarga-keluarga yang kuat.

Ketika persekongkolan besar musuh-musuh Islam berjaya meruntuhkan Khilafah Islamiyah pada tahun 1924, yang masih tinggal di tengah-tengah umat Islam adalah tatacara kehidupan sosial di antara mereka, beserta hukum-hukum yang bersifat individu seperti ibadah solat, puasa, zakat, haji. Walaupun sistem pemerintahan Islam sudah hancur dengan runtuhnya Khilafah Islam, sisa-sisa budaya keIslaman masih terpelihara baik di dalam rumahtangga-rumahtangga kaum Muslim.  Pada masa kini, keluarga-keluarga Muslim menjadi harapan  tempat bersemainya kembali ideologi Islam. Keluarga dengan ayah sebagai pemimpin seluruh anggota dan ibu sebagai sumbu aktiviti dalam rumah tangga menjadi tumpuan lahirnya generasi-generasi yang kelak akan menghidupkan kembali peradaban dunia dengan Islam. 

~Wallahu’alam~

~Sekadar perkongsian... Siapa yang tak impikan sebuah keluarga yg islami?? Namun, hakikatnya, untuk membinanya, menjaganya, bukanlah hanya ketika menjejakkan kaki di alam baru itu, teringat pesan seorang pendidik yang bermakna dalam hidupku " nak mendidik isteri solehah, selama 40 thn, nk mcontohi khadijah". Tapi bukan la  bermaksud 40 thn, nak menunjukkan, pentingnya kita menjaga diri bermula hari ini. Banyak cabarannya bukan? Buatlah yang termampu, kerana Allah tahu mana yang terbaik buat kita semua ~

-terlupa pada persoalan di atas, ya! Hanya kerana Allah s.w.t.. Subhanallah... Bantulah kami untuk istiqomah menjaga agamaMu-


Related Posts with Thumbnails