Wednesday, October 6, 2010

suRaT kAkaK kPd aDiK~

Dengan nama Allah pencipta angkasa, penghampar bumi


Selawat dan salam buat daei agung, Muhammad saw beserta pengikut  baginda, 
Kita pohon perlindungan Allah daripada syaitan laknatullah. 

Assalamualaikum, Adik 
Adik, Kamu bukan sekadar anak ibu ayah. 
Kenapa baru sekarang akak nak beritahu pada kamu? Bukankah molek kalau
ibu ayah sendiri beritahu sejak kamu dalam buaian, dalam walker atau
atas basikal 4 roda? Kenapa mesti sekarang – ketika kamu sudah punya
lesen memandu, bersekolah tahap tertinggi dan sudah dewasa? Kelewatan
ini bukan salah ibu atau abah, kerana seperti kamu, mereka juga mangsa
keadaan. 
Adik, biar akak ceritakan segala-galanya. Kamu bukan sekadar anak
ibu, tapi kamu anak Asad! Benar, Asad bukan nama ayah kamu, dan kamu
tak pula berbinkan Asad. Sungguh, jiran sebelah rumah kita juga
bernama Asad, tetapi dia juga bukanlah bapa biologi kamu. Telenovela
keluarga kita tidak semurah Rosalinda, tidak sedangkal slot Samarinda,
yang sikit-sikit isteri curanglah, anak orang ni anak haram lah dan
bla bla blah!. Drama keluarga kita adalah suatu realiti nyata yang
melanda banyak lagi keluarga di dunia. Drama keluarga kita adalah
suatu untaian sejarah silam, yang menyaksikan kebaikan bertarung
dengan kejahatan. Drama keluarga kita adalah tentang penakluk dunia,
penyelamat manusia! 
Akak malas berteka-teki, ber-Misteri-Nusantara dan berbasa-basi dengan
kamu lagi. 

Zaman satu bangsa yang hina -akan ada ilmuwan, sasterawan dan orang
arif bijaksana! – Mereka kelihatan berbeza dengan pelbagai ideologi –
tetapi semuanya sependapat satu target-Mereka ajar anak singa agar
jadi kijang pengecut – dan mereka padamkan kisah-kisah singa pada
bicara silam – Cita-cita mereka, menggembirakan hamba dengan
perhambaan – Seluruh pengajaran mereka hanyalah penipuan cendekiawan –
(Muhammad Iqbal, Diwan Dharb al-Kalim) 
Adik! Kamu adalah anak Asad yang telah dijinakkan jadi kijang bacul –
kecut sama musuh. Kamu adalah anak Asad yang digantikan seni wiranya
dengan seni hedonisma. 
Kamu adalah anak Asad yang dahulunya merdeka tetapi kini dijadikan
hamba gaji dan organ reproduktif-nya. 
Keluarga sudah gagal dalam menjadi institusi tarbawi. 
Ibu ayah cuma tahu hantar kamu mengaji sampai universiti. 
Soal membentuk anak jadi Muslim sejati biar ustaz setel sendiri 
Sistem pendidikan sekadar ajar budak supaya besar kelak pandai cari
makan. 
Modenisasi, Demokrasi, Kapitalisme, Sekularisme dan ideologi
berilahkan Taghut diterap halus sampai kamu tak perasan. 
Dan kamu membesar bergelar Muslim, tapi hidup sekadar cari makan dan
menyambung keturunan! 
Kita hidup tak kenal jati diri, pada siapa – ibu , ayah dan kamu nak
tuding jari? 

Ustaz di sekolah, Parameswara, kerajaan, Pakatan Rakyat ataupun mufti? 
Salahkan pemimpin umat yang dijangkit wahn tanpa sedar dia bertuhankan
hamba, bukan Ilahi! 
Ah! Salahkan musuh-musuh Islam – Yahudi laknatullah serta Kuffar yang
menjahanamkan kita dengan licik rapinya strategi! 
Mereka kini jadi world order, semua orang pakat kagum mahu contohi. 
Konon habis moden, aman sejahtera, kaya-raya walhal tak ber-ilah-kan
Allah sampai jahanam nilai insani. 
Mereka mahu kekal dengan gaya hidup ingkari Allah, lalu tarik kita
join sekali! 

Dan, kamu Adik – anak Asad penyelamat dunia mereka jinakkan hingga
lemah tak bergerak. Kemanusiaan karam dalam lumpur Jahiliyah tapi kamu
masih tak nampak-nampak. 
Walhal satu dunia menanti bangunnya kamu menggembalikan kita pada
sistem hidup Islami yang takkan pernah hapak! 
Sampai bila mahu membuta sedapkan hati konon dunia ini aman tak
perlukan kamu, hai anak Asad? 
Sampai bila mahu menyorok dalam zon selamat, tak mara menyedarkan dan
memimpin umat? 
Adik, Bangun dan sedar! Kasi gegar satu dunia ini dengan ngaumanmu
yang gamat!!! 
Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, 
menyuruh yang makruf, 
mencegah dari yang munkar 
dan beriman kepada Allah…. 
(Ali-Imran 3:110) 













...wallahu'alam...
~sekadar perkongsian dr sahabatku dlm Bahrul "Arifah~

Tuesday, October 5, 2010

TARBIYYAH~HANYA TARBIYYAH~


Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
Dakwah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat,
sekejap down-sekejap up, cepat terasa.
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti yang
senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.
Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh
tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak nampak.
Bukan bagi yang meletakkan dakwah hanya untuk mencari calon akhawat
atau ikhwah sebagai sang isteri dan suami,

-yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia
dalam kesusahan. Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak
share pun dengan orang lain.
-yang cepat mengalah,
-yang meletakkan halaqah, usrah, taaruf contact, program dakwah dalam
diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara
penting’ yang lain.
-yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh
mengkritik dan menilai harakah ini dan itu.
Dakwah bukan untuk orang yang ikut halaqah hanya kerana nak disebut
sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.

Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.
Dakwah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di
jalan Allah.
Dakwah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa
berjalan jauh.
Dakwah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat,
mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju.
Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.
Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan inform dia setiap
masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya
tunggu information.

Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang
berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan
orang susah, miskin, dan pakai comot.
Dakwah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak
beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja,
keluarga tak bagi keluar.



Tarbiyyah bukanlah segala-galanya.
Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.
Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, dakwah akan terus
berjalan.
Islam akan tetap berjaya.
Ummah akan tetap terpelihara.
Cuma tanpa pencerahan, Tanpa tarbiyyah, Tanpa dakwah
Belum tentu kita akan berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa.
Dakwah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran
anda.
Berbahagialah seadanya.

Nota: Saya menghitung diri. Terlalu kerap menuturkan. “saya busy..saya
sibuk..saya penat..saya letih..”
Adakah ini petandanya saya terlalu manja?
Ya Allah, tabahkan hamba-Mu. “amanah ini bukan hak milik, tp anugerah
dr Nya”

يا أيها الذين آمنوا لم تقولون ما لا تفعلون كبر مقتا عند الله أن تقولوا
ما لا تفعلون
Hai orang-orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak
kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan
apa-apa yang tiada kamu kerjakan.(As-shoff:2,3)

T_T Naudzubillahimindzalik!





Related Posts with Thumbnails