Thursday, September 30, 2010

"Aku sudi terima hanya kerana Allah??"





Musuh-musuh Islam memang tidak menghendaki kaum Muslim berpegang teguh pada Islam secara utuh. Mereka tidak akan berdiam diri terhadap usaha kaum Muslim untuk menegakkan syariat Islam. Mereka berusaha keras untuk memisahkan kaum Muslim dari syariat Islam. Mereka terus berusaha mengaburkan syariat Islam dan mengikis sedikit demi sedikit syariat Islam dari kehidupan kaum Muslim.

Ternyata usaha mereka membuahkan hasil. Sedikit demi sedikit syariat Islam dipinggirkan oleh umatnya sehingga yang tinggal hanyalah peraturan yang berkaitan dengan ibadah ruhiyah (
spiritual) dan kekeluargaan (munakahad). Namun, tidak cukup dengan itu, mereka juga terus berusaha untuk merosakkan hukum-hukum kekeluargaan  dalam rangka memusnahkan kehidupan keluarga Muslim yang masih tinggal.

Membina Keluarga Islam

Keluarga Islam adalah keluarga yang dibangun atas dasar ketaatan kepada AllahSubhanahu wa Taala, yang mana pemahaman asas anggotanya adalah hanya mencari keredhaan Allah Subhanahu wa Taala, dan yang di atur oleh peraturan-Nya. Setiap anggota keluarga Islam ini menjalankan hak dan kewajiban masing-masing sesuai dengan peraturan Allah Subhanahu wa Taala. Ketaatan ini dimulakan dari sejak awal, iaitu dari sejak menentukan kriteria pasangan hidup, proses memilih, khitbah (meminang), pernikahan, serta proses menjalani kehidupan rumahtangga, iaitu sentiasa berada di jalan kebenaran, jalan Allah Subhanahu wa Taala.

Motivasi awal yang benar merupakan asas untuk membangun kehidupan rumahtangga yang kukuh. Dalam hal ini, Islam menetapkan bahwa motivasi seseorang melangsungkan kehidupan suami-isteri adalah untuk melaksanakan salah satu dari bentuk ibadah kepada Allah Subhanahu wa Taala. Kehidupan pernikahan adalah kehidupan persahabatan antara seorang suami dan isterinya. Suami menjadi sahabat kepada isterinya dan isteri menjadi sahabat kepada suaminya secara sempurna dalam seluruh aspek kehidupan. Allah telah menjadikan pernikahan sebagai tempat ketenangan bagi pasangan suami isteri, sebagaimana firman-Nya:

”Di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah diciptakan-Nya untuk kalian isteri-isteri dari diri kalian sendiri—supaya kalian cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya di antara kalian rasa kasih sayang.  Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” [TQS Surah ar-Rum [30]: 21].

Bagaimana kita dapat membentuk keluarga yang sesuai dengan tuntutan Allah Subhanahu wa Taala, iaitu sebuah keluarga yang berasaskan ideologi Islam?

Pertama, asas dari pernikahan tersebut adalah akidah Islam, bukan manfaat ataupun kepentingan.  Dengan menjadikan Islam sebagai landasan, maka segala sesuatu yang terjadi dalam keluarga tersebut dirujuk kembali pada Islam.

Kedua, adanya visi dan misi yang sama antara suami isteri tentang hakikat, tujuan hidup dan berkeluarga dalam Islam.

Ketiga, memahami dengan benar fungsi dan kedudukan masing-masing dalam keluarga dan berusaha sedaya upaya menjalankannya sesuai dengan tuntutan Allah dan Rasul-Nya.

Keempat,  menjadikan Islam dan syariatnya sebagai penyelesaian terhadap seluruh permasalahan yang terjadi dalam kehidupan berkeluarga. Halal dan haram dijadikan landasan dalam melakukan sesuatu, bukan hawa nafsu.

Kelima, mengamalkan amar makruf nahi mungkar di antara sesama anggota keluarga sehingga seluruh anggota keluarga sentiasa berjalan pada landasan Islam.

Keenam, menghiasi  rumah dengan membiasakan melakukan amalan-amalan sunnah, seperti membaca al-Quran, bersedekah, melakukan solat sunnah, dan sebagainya.

Ketujuh, sentiasa berdoa kepada Allah dan bersabar dalam apa jua situasi.


Peranan Penting Keluarga 

Itulah bangunan asas untuk membentuk keluarga yang kukuh dan berideologi Islam. Lebih dari itu, bangunan keluarga tersebut akan mencapai kekuatan yang hakiki jika berjaya di dalam persekitarannya, kerana keluarga memiliki peranan yang penting dalam pembentukan sebuah masyarakat. Keluarga adalah persekitaran awal pendidikan asas bagi seorang manusia. Jika keluarga, sekolah, dan masyarakat merupakan sendi-sendi pendidikan yang penting, maka keluarga adalah pemberi pengaruh pertama.  Keluarga memiliki peranan strategik dalam proses pendidikan anak, bahkan umat manusia. Keluarga lebih kuat pengaruhnya dari sendi-sendi yang lain. Sejak awal kehidupannya, seorang manusia lebih banyak mendapat pengaruh dari keluarga sebab waktu yang dihabiskan di keluarga lebih banyak daripada di tempat-tempat lain.

Pada hakikatnya, pendidikan di dalam keluarga merupakan pendidikan sepanjang hayat. Pembinaan dan pengembangan keperibadian serta penguasaan tsaqâfah Islam dilakukan melalui pengalaman hidup sehari-hari dan dipengaruhi oleh sumber pembelajaran yang ada di dalam keluarga, terutama ibu dan bapanya. Keluarga adalah sebahagian dari masyarakat. Hubungan keduanya saling berkaitan dan saling mempengaruhi. Nilai masyarakat yang baik dan benar akan mewarnai kehidupan keluarga; begitu juga sebaliknya kerana individu-individu yang beriman dalam keluarga yang Islamik akan menjadi benih bagi penyebaran pemikiran, perasaan dan peraturan, serta nilai Islam di tengah masyarakat. Jadi, peranan keluarga dalam masyarakat tidak boleh diabaikan. Keluarga mesti dibina dan ditegakkan di atas nilai Islam.

Begitu pentingnya pembinaan dan pendidikan di dalam keluarga, pendidikan anak sejak awal dalam keluarga akan tertanam secara kuat di dalam diri seorang anak. Sebab, pengalaman hidup pada masa-masa awal umur manusia akan membentuk ciri-ciri khas, samada dalam tubuh mahupun pemikiran, yang boleh jadi tidak ada yang dapat mengubahnya sesudah masa itu.

Untuk itu, keluarga secara langsung ataupun tidak turut mempengaruhi jatidiri sebuah masyarakat. Dari keluargalah munculnya generasi manusia yang bermartabat, memiliki perasaan kasih sayang, dan saling tolong-menolong di antara mereka. Dengan itu, akan  terciptalah aturan kehidupan masyarakat yang kuat, yang disokong oleh keluarga-keluarga yang harmoni dan berkasih sayang kerana memiliki pemikiran ideologi Islam sebagai asasnya.

Keluarga Islam tidak boleh memisahkan diri dengan masyarakat sekelilingnya. Kita mesti berada di tengah masyarakat; mewarnai dan mengubahnya dari keadaan jauh dari Islam menjadi Islamik. Langkah inilah yang dicontohkan oleh Rasul. Rasulullah memerintahkan kita berbuat baik terhadap jiran tetangga, ertinya mesti ada interaksi yang positif dengan persekitaran tempat kita berada. Bahkan, Rasulullah Sallallahu Alaihi wa Sallam memerintahkan kita untuk menjadi orang yang membuat kebaikan, kerana Rasul bersabda, “Sebaik-baik manusia adalah orang yang paling banyak berbuat kebaikan (manfaat) kepada yang lainnya.”

Kepentingan Sistem Politik yang Kondusif
Akhirnya, hal penting lainnya yang tidak boleh kita abaikan dalam pembentukan keluarga yang kuat dan berideologi Islam adalah peranan sistem yang menyokong hal tersebut. Ini adalah kerana walau betapa kuatnya kita melindungi keluarga dengan idea-idea dan pemikiran-pemikiran Islam dan pembinaan yang gigih kepada anak-anak dan anggota keluarga lainnya, apabila sistem yang dilaksana dan dikuatkuasakan di tengah kehidupan keluarga itu tidak menggunakan peraturan-peraturan Islam, maka sukar bagi bangunan keluarga yang kukuh itu untuk bertahan.

Ini disebabkan serangan dari luar akan senantiasa menghalang, samada dalam bentuk (i) pemikiran-pemikiran yang bertentangan yang boleh mempengaruhi tingkah laku dan moral anggota keluarga ataupun (ii) rintangan melalui ekonomi yang menyukarkan untuk memenuhi  keperluan asas anggota keluarga. Dari sinilah biasanya muncul tindakan jenayah dan lain-lain masalah sosial. Untuk itu, penataan kehidupan yang benar berkaitan dengan semua urusan masyarakat sangat diperlukan. Dengan sistem politik Islamlah semua ini boleh diwujudkan.

Sistem politik Islam memiliki kemampuan untuk memberikan penyelesaian atas semua persoalan. Sama ada persoalan individu, keluarga, ataupun masyarakat. Sistem Islam mampu membendung serangan musuh-musuh Islam di tengah-tengah kaum Muslim dan menjaga masyarakat agar tetap dalam keimanan dan aturan yang sesuai dengan peraturan Islam. Hal ini dilakukan dengan cara penerapan peraturan-peraturan Islam yang menyeluruh. Sebab, sistem politik Islam itu sendiri intinya adalah bagaimana menciptakan pengaturan urusan masyarakat sesuai dengan tuntutan syariat Islam sehingga tercipta aturan masyarakat yang baik, damai, dan sejahtera; yang dipenuhi dengan keampunan dan keredhaan Allah Subhanahu wa Taala.




Khatimah

Untuk menghalang usaha  menghancurkan  keluarga Muslim dan Islam secara umumnya, maka kaum Muslim secara bersama-sama dituntut untuk memiliki kesedaran dalam memahami Islam secara menyeluruh dalam segala aspek. Dengan begitu, kaum Muslim akan dapat memahami dan menjangkakan bahaya idea-idea asing yang bertentangan dengan Islam seperti  feminisme, kesamaan gender, emansipasi, liberalisme dan sebagainya. Pemahaman Islam seperti ini boleh kita perolehi dengan cara membina diri kita dan kaum Muslim secara terus-menerus dengan tsaqâfah Islam.

Tsaqâfah Islam tersebut kemudiannya dijadikan sebagai acuan atau landasan untuk berhadapan dengan pelbagai pemikiran dan pemahaman asing yang menyerang. Hal ini mesti diteruskan dengan sentiasa mengikuti perkembangan berita dan fakta-fakta, kemudian memahaminya dan memberikan penyelesaian sesuai dengan Islam.

Selain itu, penting untuk melibatkan diri secara aktif dalam usaha menyebarkan idea-idea Islam tersebut di tengah-tengah masyarakat. Ini adalah kerana membentuk keluarga yang kukuh tidak cukup dilakukan oleh individu di dalam sebuah keluarga semata-mata. Akan tetapi, hal itu juga mesti ditempuh secara politik, sistematik, dan ideologis dalam suatu gerakan yang terorganisasi secara rapi. Ini juga disebabkan kaum kafir pun, dalam menghancurkan keluarga Muslim,  melakukannya bukan hanya melalui aktiviti penyebaran idea secara individu semata, tetapi melalui sebuah gerakan yang memiliki kekuatan besar dan didukung oleh ideologi tertentu (kapitalis-sekular) di belakangnya.

Oleh kerana itu, yang perlu menjadi agenda kaum Muslim pada masa ini untuk menghalang usaha menghancurkan keluarga Muslim adalah bagaimana menghadirkan  Islam dengan pemahaman Islam yang utuh dan menyeluruh dalam pengaturan umat secara nyata, sama ada diperingkat individu, keluarga, masyarakat, mahupun negara. Dengan begitu, kaum Muslim boleh keluar dari kesengsaraan dan sekaligus bangkit kembali sebagai umat terbaik (khayr al-ummah), yang tegak di atas keluarga-keluarga yang kuat.

Ketika persekongkolan besar musuh-musuh Islam berjaya meruntuhkan Khilafah Islamiyah pada tahun 1924, yang masih tinggal di tengah-tengah umat Islam adalah tatacara kehidupan sosial di antara mereka, beserta hukum-hukum yang bersifat individu seperti ibadah solat, puasa, zakat, haji. Walaupun sistem pemerintahan Islam sudah hancur dengan runtuhnya Khilafah Islam, sisa-sisa budaya keIslaman masih terpelihara baik di dalam rumahtangga-rumahtangga kaum Muslim.  Pada masa kini, keluarga-keluarga Muslim menjadi harapan  tempat bersemainya kembali ideologi Islam. Keluarga dengan ayah sebagai pemimpin seluruh anggota dan ibu sebagai sumbu aktiviti dalam rumah tangga menjadi tumpuan lahirnya generasi-generasi yang kelak akan menghidupkan kembali peradaban dunia dengan Islam. 

~Wallahu’alam~

~Sekadar perkongsian... Siapa yang tak impikan sebuah keluarga yg islami?? Namun, hakikatnya, untuk membinanya, menjaganya, bukanlah hanya ketika menjejakkan kaki di alam baru itu, teringat pesan seorang pendidik yang bermakna dalam hidupku " nak mendidik isteri solehah, selama 40 thn, nk mcontohi khadijah". Tapi bukan la  bermaksud 40 thn, nak menunjukkan, pentingnya kita menjaga diri bermula hari ini. Banyak cabarannya bukan? Buatlah yang termampu, kerana Allah tahu mana yang terbaik buat kita semua ~

-terlupa pada persoalan di atas, ya! Hanya kerana Allah s.w.t.. Subhanallah... Bantulah kami untuk istiqomah menjaga agamaMu-


Wednesday, September 29, 2010

Pencari Syahid

Munsyid : Ar-Ruhul Jadid


Syahid syahid kan kucari syahid 

Berjihad
Untuk Allah

Langkah tegar mujahid menyongsong pertempuran
Allah cinta mujahid mencari kematian
Berjihad
Untuk Allah

Teguhkan keimanan semangat pun kobarkan
Yakin akan balasan jannah yang dijanjikan
Berjihad
Untuk Allah

Pukul semua musuh janganlah ragu-ragu
Walau bersimbah darah azzamku takkan goyah
Berjihad
Untuk Allah

Kami telah bersumpah syahid sebagai cita 
Untuk kembalikan izzah islam ad-din yang mulia
Berjihad
Untuk Allah  
 Takbir!!!

~Ya Allah, kurniakan aku pendamping-pendamping yang juga turut rindu akan kesyahidan di jalanMu~

Maka, Nikmat Tuhan Manakah Yang Hendak Kau Dustakan??


Come And Care For You

Syukbah Dakwah Semester 3 Darul Quran
Tarikh: 24 Julai 2010
Tempat : Hospital Sg. Buloh dan Pusat Kawalan Kusta Negara

     Alhamdulilah syukur kehadrat Illahi, ikhwah dan akhawat syukbah dakwah dan beberapa sahabat dari syukbah2 yang lain dapat turun padang ke program yang telah dirancang lama dan begitu rapi oleh Majlis Tertinggi Syukbah Dakwah. Pada mulanya, kami melawat ke Hospital Sg. Buloh, ke wad pediatrik( kanak-kanak).


   Ana selaku timb. Unit Informasi merasakan program ini sangat bermakna, walaupun sekejap shj masa yang diberikan oleh programmer kerana ucapan yang terlalu panjang oleh pihak hospital. Tapi tak mengapa, tugasan untuk mengambil gambar, dapat mengubat rasa boring menunggu lama. Kenangan bersama adik-adik yang merupakan sasaran dakwah program kali ini, mungkin menyebabkan ada beberapa sahabat dan ana sendiri kekok untuk berhadapan dengan mereka. Mana xnye, sblm ni dah 2 kali berprogram dgn mak cik dan pak cik di Rumah Ehsan, rumah Kenangan di Kuala Kubu Bharu. Namun, bak kata pepatah, pengalaman adalah guru yang terbaik. Kalau tak  turun padang sendiri, manakan dapat kita merasai berhadapan dengan mad'u, apatah lagi bagi mereka2 yang tidak pernah mempunyai adik kecil mcm ana sendiri. Agak sukar untuk adapt dengan mereka sebenarnya. Tapi, telah ku memilih jalan ini. Nak x nak, kena terima kenyataan. Nanti realitinya, kena berhadapan dengan anak saudara sendiri dan yang paling penting anak2 nanti..insyaAllah.. 

     Objektif program kali ini yang ana nampak, bukan sahaja nak berkongsi pengalaman dan kasih sayang bersama mad'u, tapi sebenarnya, melatih ahli2 syukbah dakwah untuk berhadapan dengan mad'u yang berbilang umur, kaum dan agama. Macam yang ana kata td, pengalaman adalah guru yang terbaik. Bila kita dah ada pengalaman berhadapan dengan mereka di dalam program, kita dapat menilai bagaimana cara/uslub/aura kita berhadapan dengan mereka. adakah kekok? nervous? kelakar? comel? menarik? Semua tu bergantung kepada keberkatan seorang da'ie. tapi semua tu boleh dilatih dengan beberapa kemahiran dalam berdakwah. dah namanya ambil syukbah dakwah, x lari lah utk berkongsi sdkit apa yang dipelajari. 

     Seterusnya, selepas penat memukul gambar (versi kelantan) kawan2 di ruangan wad pediatrik, kami bergegas ke Pusat Kawalan Kusta Negara Sg. Buloh, yang terletak betul2 di hadapan hospital Sg. Buloh..

Ya, ALLAH!!!!!!!!
Betapa selama ini aku banyak tidak mensyukuri nikmatMu.. Banyak yang ku keluhi dengan apa yang kau hamparkan pada ku.. Dip dap dip dup mengatur langkah ke susur gajah wad pesakit wanita. pengalaman pertama..Selangkah sahaja kami ke wad wanita pesakit kusta, alangkah hibanya hati ini melihat hambaMu ya Allah yang diuji dengan ujian yang seberat itu.. tabahnya hati mereka ya Allah.. Namun, ana n sahabat2 yang lain, terus meneruskan langkah ketabahan menghadapi mereka. Ku simpan wajah sayu dan pilu di dalam kocek jubahku. Senyuman manis kami hulurkan buat penghuni. Sangat2 x sangka sebenarnya mereka terlalu menghargai mereka2 yang datang melawat ni..


Sedikit fakta tentang Penyakit Kusta:- 
Penyakit kusta atau juga dikenali sebagai penyakit Hansen, merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh jangkitan Mycobacterium leprae. Nama penyakit Hansen datang daripada orang yang menjumpai Mycobacterium leprae, G. A. Hansen. Pengidap penyakit Hansen biasanya dipanggil pesakit kusta atau dalam bahasa Inggeris lepers, walaupun penggunaan istilah lepers semakin ditinggalkan kerana jumlah pesakit yang berkurangan dan sebagai mengelak stigma buruk yang dikaitkan dengan pesakit kusta.
Kusta dahulunya tidak dapat diubati dan amat mencacatkan. Pesakit kusta akan disingkir dan dikurung di penempatan kusta. Pada masa kini, kusta mudah dirawat dengan menggunakan terapi pelbagai antibiotik. Cabaran utama bagi usaha menghapuskan penyakit kusta adalah untuk sampai kepada penduduk yang masih belum menerima perkhidmatan terapi pelbagai dadah, memperbaiki pengesanan penyakit, dan membekalkan pesakit dengan perkhidmatan berkualiti tinggi dan dadah yang murah.
       Stigma buruk ketika kami briefing program kali ni, terdengar suara-suara yg merisaukan kader-kader dakwah ini untuk berhadapn dengan mereka. Namun, segala-galanya berakhir sesudah kami sendiri bermesra dengan mereka tanpa ada sebarang diskriminasi. Alhamdulilah.. semoga sikap belapang dada dan bersangka baik sentiasa mengiringi jiwa2 daie hari ni.. 
      Akhir tinta ini, ana dan sahabat2 selamat sampai ke destinasi masing-masing. Apa yang menarik yang meresap di jiwa ni selepas mencipta kenangan bersama mereka2 yang Allah pilih untuk diuji ialah bersyukurlah atas apa yang Allah kurniakan, yakinlah Allah tu tahu mana yang terbaik buat kita dan salamatus sodri terhadap mad'u.. wallahu'alam..


Maka, Nikmat Tuhan Manakah Yang Hendak Kau Dustakan??
Bersyukurlah..


Tuesday, September 28, 2010

BERBALOI-BALOI!!!

9 & 10 OKTOBER 2010... INTERACTIVE DA'WAH TRAINING

PERTUBUHAN KEBAJIKAN ISLAM MALAYSIA (PERKIM) CAWANGAN AMPANG


SEMINAR 2 HARI

INTERACTIVE DA‘WAH TRAINING 1
akar umbi kristianiti )


PADA 9 & 10 OKTOBER 2010
8.30 pg-5.30 ptg
(SABTU & AHAD)

BERTEMPAT DI : 
MASJID BUKIT INDAH, AMPANG,SELANGOR


SLOT-SLOT ???
SLOT 1 : PENTINGNYA PERBANDINGAN AGAMA
SLOT 2 : SEJARAH PERKEMBANGAN KRISTIAN
SLOT 3 : PENGALAMAN BERDIALOG DENGAN ‘MISSIONARIES’ DAN PADERI
SLOT 4 : KOSMOLOGI
SLOT 5 : ASAS-ASAS KEPERCAYAAN AGAMA KRISTIAN
SLOT 6 : ‘BIBLE STUDY’
SLOT 7 : SALAH TANGGAPAN TERHADAP ISLAM
SLOT 8 : PERSAMAAN ANTARA AGAMA KRISTIAN DAN ISLAM
SLOT 9 : PERANCANGAN YAHUDI DAN KRISTIAN
SLOT 10 : KATOLIK DAN PROTESTANT
SLOT 11 : SESI SOAL JAWAB *tertakluk pada pindaan


PENGENALAN

Interactive Da’wah Training (IDT) adalah satu progm yang dianjurkan oleh PERKIM cawangan Ampang di bawah unit ‘Programme , Training dan Da’wah (PTD).
Tujuan utama program ini adalah untuk membekalkan ilmu perbandingan agama kepada umat Islam.
Dengan adanya ilmu ini maka diharapkan dapatlah disampaikan KEBENARAN ISLAM di kalangan umat manusia terutamanya pada yang bukan Islam.


OBJEKTIF

Menguatkan aqidah umat Islam
Menangkis salah faham terhadap agama Islam
Menghilangkan salah tanggapan umat Islam terhadap agama lain
Melahirkan dae’i yang dapat berda’wah kepada orang bukan Islam


BAYARAN PENYERTAAN

PAKEJ 1 (dengan buku termasuk bible) : RM150, RM120 (pelajar)
PAKEJ 2 (tanpa buku) : RM100 ,RM 70 (pelajar)

Penceramah : Bro. Lim Jooi Soon , Bro. Engku Fauzi , Bro. Mohd Amin *tertakluk pada pindaan



Sebarang pertanyaan dan pendaftaran..



PERKIM :

Bro. Yusri : 016-6615257, sis Nazihah : 012-6979182 , sis Baitie : 012-3114770

*boleh juge cntct ana . tafaddhal*

Ya Illahi.. Sejauh manakah aku mampu mencontohinya??

Saidatina Khadijah Binti Khuwailid PDF Print E-mail
Khamis, 15 Januari 2009 17:05
”Demi Allah! Dia (Khadijah) beriman kepadaku disaat orang-orang mengingkariku. Dia membenarkanku di saat semua orang mendustakanku. Dan dia membantuku dengan menginfakkan segenap hartanya ketika semua orang menahan hartanya dariku dan Allah telah mengurniakan beberapa orang zuriat dari rahimnya yang tidak aku perolehi dari isteri-isteriku yang lain”. [HR Ahmad, Al-Isti’ab karya Ibnu Abdil Ba’ar].

Khadijah binti Khuwailid bin Asad bin 'Abdil 'Uzza bin Qushay Al-Qurasyiyah Al-Asadiyah radhiyallahu'anha. Muslim manakah yang tidak pernah mendengar sebutan namanya?.  Siapakah yang menyangka di saat itu, keharuman peribadinya kelak akan merebak di sepanjang sejarah Islam di dada setiap kaum Muslimin? Siapakah yang terfikir bahawa wanita mulia ini akan dikurniakan satu keutamaan yang amat besar yang tidak pernah diperolehi oleh sekalian hamba Allah sejak penciptaan insan? Siapakah yang menduga bahawa wanita cantik jelita ini akan mendampingi manusia yang paling agung dalam rentang awal perjalanan dakwahnya? Siapakah yang mampu meramal ketentuan Allah ini? Maha Suci Allah yang telah menciptakan dan mentakdirkan wanita mulia ini sebagai pendamping Nabi akhir zaman.

Beliaulah isteri, sekali gus wanita pertama yang beriman kepada Allah dan Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam.  Dianugerahi reputasi yang sungguh mulia, keturunan yang terhormat, peribadi yang luhur, perjalanan hidup yang istimewa, ketajaman daya fikir, semangat yang tinggi dan kalbu yang bening, nama Khadijah begitu harum di dalam sejarah Islam. Sebelumnya, beliau dikenali sebagai seorang wanita yang menjaga kehormatan dirinya sehingga digelar ath-Thahirah (wanita yang suci) .

Beliau seorang janda dari suaminya yang terdahulu, Abu Halah bin Zararah bin an-Nabbasy bin 'Ady at-Tamimi, kemudian berkahwin dengan 'Atiq bin 'A`idz bin 'Abdillah bin 'Umar bin Makhzum. Khadijah radhiallahu anha adalah wanita pedagang yang mulia dan banyak harta. Ternyata pekerjaannya itu telah menghantarkan kepada pertemuannya dengan manusia yang paling mulia. Saat dia kembali menjadi janda, seluruh pemuka Quraisy memasang angan-angan agar dapat menyuntingnya. Buah tutur Maisarah membekas di hatinya tatkala berita tentang kejujuran, amanah, dan kebaikan akhlak seorang pemuda Quraisy dikhabarkan kepada beliau. Tersimpan keinginan yang kuat dalam dirinya untuk memperoleh kebaikan itu, hingga diutus seseorang untuk menemui Rasululllah Sallallahu alaihi wa Sallam dan menyampaikan hasratnya. Ditawarkan dirinya untuk dipersunting Muhammad Sallallahu alaihi wa Sallam, seorang pemuda yang saat itu berusia 25 tahun, miskin dan yatim piatu tetapi tersohor kerana luhur peribadinya. Wanita jelita itu memperoleh kembali belahan hatinya dalam usia 40 tahun. Tersurat peristiwa ini dalam sejarah 15 tahun sebelum Muhammad Sallallahu alaihi wa Sallam diangkat sebagai Nabi akhirulzaman.

Perawat Duka, Khairul Anam

Wanita mulia inilah menjadi perawat duka suaminya di saat penurunan al-Haq melalui perantaraan Jibril alaihi sallam yang menggoncang hati Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. “Aku khuatir akan terjadi sesuatu pada diriku”. Diselimutinya Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam sehingga beliau kembali tenang dan hilang rasa ketakutannya. Dengan tenang dan lembut, beliau yang mengalirkan tutur kata penuh hikmah dari lisannya lantas membiaskan ketenangan di dalam dada suaminya,

“Demi Allah, Allah tidak akan menyusahkan dirimu selama-lamanya. Bergembira dan teguhkanlah hatimu. Sesungguhnya engkau seorang yang suka menyambung tali persaudaraan, suka menanggung beban orang (yang kurang bernasib baik), menghormati tetamu, memberikan sesuatu kepada orang yang tidak mampu, bercakap benar dan memberikan bantuan kepada mereka yang ditimpa bencana”.

Sesungguhnya beliau telah menjalankan peranan politiknya dengan ketajaman dan kepekaan akalnya yang menjadikan beliau mampu untuk mencermati serta memahami dengan jelas masalah wahyu dan risalah yang diterima oleh Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam,

”Terimalah khabar gembira dan teguhkanlah hatimu! Demi Zat yang diriku di tanganNya, sesungguhnya aku berharap engkau menjadi Nabi umat ini”.

Perkhabaran dari Waraqah menjadikan beliau mampu memahami peranan yang bakal dipikul oleh Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam dengan turunnya wahyu tersebut.

”Khadijah, kalau engkau masih percaya kepadaku, sesungguhnya telah datang ”an-nams  al-akbar” kepadanya. Dia adalah Nabi umat ini. Maka katakanlah kepadanya agar dia berteguh hati”.

Baginda bukan sahaja seorang suami, atau ayah kepada anak-anaknya, tetapi juga Utusan Allah dalam menyampaikan wahyu dan risalahNya untuk umat yang ada pada ketika itu sehinggalah ke hari kiamat.

Di sinilah titik mula kepada sebuah pengorbanan yang tiada surut dan gantinya. Beliau jugalah manusia pertama yang solat di belakang Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam bersama Saidina Ali radhiallahu anhu. Terus mengalir dukungan dan pertolongan dari beliau dalam menghadapi kaumnya. Beliaulah yang membantu Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam dalam mengibarkan bendera Islam, tegar bersama Rasulullah sebagai angkatan pertama. Setiap kali beliau mendengar kata-kata kesat yang dilontarkan kepada suamninya, beliaulah yang setia di sisi baginda dan meringankan beban perasaan yang sangat berat ditanggung oleh kalbu manusia terpilih.

Bukan hanya itu sahaja kebaikan Khadijah radhialllahu anha. Beliau mengorbankan setiap harta yang dimiliki kepada suaminya. Bahkan, ketika Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam menampakkan rasa senangnya pada Zaid bin Haritsah, seorang hamba miliknya, beliau segera menghibahkan hamba itu kepada suaminya. Zaid diangkat sebagai orang yang sangat dekat di sisi Rasulullah dengan menjadi anak angkat baginda sendiri. Turut tercatat, Zaid memperolehi kemuliaan sebagai salah seorang dari saf pertama yang mengimani dakwah Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam.

Sebagai seorang isteri, beliau merupakan pendorong utama bagi Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam untuk selalu giat berdakwah, bersemangat dan tidak kenal menyerah. Beliau juga selalu berusaha meringankan beban berat di bahu Rasulullah. Kebijakan, kesetiaan dan banyak lagi kebaikan Khadijah tidak pernah lepas dari ingatan baginda Rasul. Bahkan sehingga Khadijah meninggal dunia. Beliau benar-benar seorang isteri yang mendapat tempat tersendiri di dalam hati Nabi Allah ini. Betapa kasihnya baginda terhadap Khadijah sebagaimana di buktikan dari penceritaan Saidatina ‘Aisyah radhiallahu anha.

“Belum pernah aku cemburu terhadap isteri-isteri Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam sebagaimana cemburunya aku kepada Khadijah, padahal aku tidak pernah melihatnya. Tetapi Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam selalu menyebut-nyebut namanya, bahkan adakalanya menyembelih kambing dan diberikannya kepada sahabat-sahabat Khadijah. Bahkan pernah aku berkata, “Bukankah Khadijah itu seorang wanita tua? Bukankah Allah sudah memberikan kepadamu pengganti, isteri yang lebih muda dan baik daripadanya?”. Lalu Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam menyebut, “Tidak! Demi Allah !Dia Subhanahu wa Ta’ala tidak memberikan seorang pengganti yang lebih baik daripadanya. Dia (Khadijah) telah beriman kepadaku pada saat orang-orang mengingkariku. Dia membenarkan ajaran yang aku bawa di saat orang-orang mendustakanku. Khadijah  membantuku dengan menginfakkan segenap hartanya ketika orang-orang menahan hartanya dariku dan Allah mengurniakanku beberapa orang zuriat dari rahimnya yang tidak diberikan oleh isteri-isteri yang lain” . [HR. Ahmad, Al-Isti’ab karya Ibnu Abdil Ba’ar].

Ummul Mukminin ini sentiasa berada di samping Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam dan memberikan pembelaan terhadap baginda. Beliau juga bergabung bersama Rasulullah dan kaum Muslimin dalam memikul penderitaan lantaran sikap kaumnya yang mendustakan dan melecehkan dakwah baginda. Kesabaran dan keredhaan Khadijah dapat dilihat dengan jelas dalam siri hambatan terhadap dakwah Rasulullah, termasuklah dalam fasa pemboikotan terhadap Bani Hasyim dan Bani Abdul Muthalib oleh orang-orang Quraisy yang selama ini menjadi pelindung kepada Rasulullah.

Wanita Teladan Sepanjang Zaman

Ditakdirkan Allah Subhanahu wa Ta’ala, di usia 65 tahun iaitu 3 tahun sebelum Hijrah, Khadijah radhiallahu anha kembali kepadaNya di saat-saat dakwah melalui fasa genting yang bakal menentukan kelangsungannya. Pemergian beliau ditangisi Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam, berlaku dalam selang waktu yang singkat selepas meninggalnya Abu Thalib, bapa saudara baginda. Sejak tahun kesedihan tersebut, hambatan-hambatan dakwah yang semakin getir dengan gangguan yang tidak putus-putus mula berani dilakukan oleh kaum kafir Musyrikin di Makkah.

Sesungguhnya nama Khadijah tercatat di dalam sirah sebagai wanita pilihan sehingga namanya disebut-sebut di kalangan penduduk langit dan bumi. Kemuliaan itu telah diraihnya sejak masih ada di muka dunia. Tatkala Jibril Alaihi Sallam datang kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dan mengatakan, 

“Wahai Rasulullah Sallallahu alaihi wa Sallam. Ini dia Khadijah. Dia akan datang membawa bejana berisi makanan atau minuman. Bila ia datang kepadamu, sampaikanlah salam padanya dari Rabbnya dan dariku, dan sampaikan pula khabar gembira tentang rumah buatnya di dalam syurga dari mutiara, yang tak ada keributan di dalamnya, dan tidak pula keletihan”. Khadijah lantas menjawab salam itu dengan katanya: “Allah Maha Penyelamat, daripada-Nya keselamatan dan kepada-Nya pula kembali keselamatan. Semoga keselamatan atas Malaikat Jibril.” [HR. Bukhari dalam Shahih Bukhari, Bab Perkahwinan Nabi SAW dengan Khadijah dan Keutamaannya, 1/539]

Wahai Muslimah yang dirahmati Allah! Sesungguhnya istana tersebut adalah jauh lebih baik dari pada gemerlapnya dunia fana yang telah memperdayakanmu. Dan ini adalah sebaik-baik khabar gembira dibandingkan dunia dan segala isinya. Tidakkah kalian ingin mendapatkannya pula?

Ya Allah! Betapa mulianya Khadijah binti Khuwailid, As-Sayyidah Ath-Thahirah. Seorang isteri yang setia dan tulus, mukminah mujahidah di jalan deenNya dengan seluruh apa yang dimilikinya dari perbendaharaan dunia. Semoga Allah memberikan balasan yang paling baik kerana jasa-jasanya terhadap Islam dan umat Islam seluruhnya.
 
~ya ummul mukminin.. aku tidak mampu menjadi sepertimu dalam membantu seorang mujahid dalam hidupku..Namun, aku cuba berusaha mencontohi langkahmu, kerana kau adalah wanita, sebaik-baik tauladan yang baginda cintai.. Aku ingin dicintai seperti mana Baginda s.a.w. mencintaimu.. Ya Allah.. bantulah aku..~

Warkah dari Ummu Taqi di Gaza

Menemui saudara dan saudari seIslamku, aku ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan pesanan dari saudara-saudari seagamamu di Gaza.  Dengarkanlah bagaimana keadaan kami di sini dan beritahukan kepada semua orang samada mereka yang kamu kenali mahupun tidak.

Pada tanggal 27hb Disember 2008, ketika kami di serang rejim Zionis, mereka bukan sahaja menyerang puak Hamas ataupun kaum Muslim di Gaza, tetapi mereka sebenarnya menyerang seluruh umat Islam.  Mereka menyerang Islam dengan harapan mereka dapat melemahkannya dan akhirnya melenyapkan Islam dan umat Muhammad Sallallahu Alaihi wa Sallam.

Dan sudah tentunya mereka tidak akan sekali-kali berhenti di sini.  Mereka inginkan Al Aqsa kesayangan kita, mereka mahukan Tebing Barat dan percayalah kepada ku bahawasanya mereka mendambakan seluruh wilayah Timur Tengah.

Namun, mereka tidak akan pernah berjaya.  Mereka tidak akan pernah dapat menghilangkan cahaya Allah, dari bumi ini, InsyaAllah.

Keadaan kami pada saat ini amat dahsyat dan mengerikan, tetapi keimanan kami tetap utuh.  Alhamdulillah, walaupun kami tiada bekalan air dan sekiranya ada pun setitis air, ia adalah tercemar dan membawa seribu satu wabak penyakit.   Kami tiada wang untuk membeli air mineral dan seandainya kami menjumpai wang pun, mereka yang menjualnya mengatakan kepada kami, bekalan tiada dan amatlah merbahaya untuk mereka keluar mendapatkan bekalan baru.  Kami juga tiada bahan api(gas) semenjak empat bulan lalu.  Kami memasak sedikit makanan yang kami ada dengan api sebenar  yang kami pelajari bagaimana untuk menyalakannya.

Kerabat lelaki kami telah kehilangan semua pekerjaan mereka.  Pada masa ini,mereka hanya menghabiskan masa di rumah. .Suamiku menghabiskan masa seharian hanya untuk merayau-rayau dari satu tempat ke tempat yang lain semata-mata untuk mencari keperluan asas seperti seteguk air.  Kebiasaannya beliau akan pulang dengan tangan kosong.  Tiada sebarang sekolah mahupun bank-bank yang dapat kami keluarkan wang simpanan kami.  Hanya terdapat beberapa hospital yang masih dibuka untuk merawat mereka yang tercedera.

Kami sedar bahawa kami sentiasa mempertaruhkan nyawa apabila kami keluar atau berada di luar rumah.  Rejim Zionis mengenakan perintah berkurung dari jam 1pm hingga 4pm.  Mereka mengatakan adalah selamat untuk kami keluar mendapatkan bekalan asas pada waktu-waktu tertentu, tetapi semua itu adalah satu pembohongan. . Bahkan mereka telah sering menggunakan peluang yang ada itu untuk menambah senarai Syuhada’ didalam koleksi mereka.
 
Kami memakan nasi dan roti secara berselang hari.  Daging dan susu adalah satu kemewahan buat kami.  Rejim Israel menggunakan kaedah perang kimia di kawasan sempadan.  Mereka membunuh kami menggunakan peluru-peluru dan kereta perisai dan pesawat B52, tidak cukup dengan itu,bahkan mereka juga membunuh kami secara perlahan-lahan dengan membiarkan anak-anak kami mati kelaparan, mengakibatkan penyakit-penyakit yang tidak dapat diceritakan dengan menggunakan perang kimia mereka.  Mereka bahkan hanya ketawa di saat melihat kami berterusan menderita dan tidak mampu menahan penyeksaan ini lagi.

Pada ketika semua ini dilakukan, kami diberitahu bahawa semua orang di seluruh dunia melakukan demonstrasi.  MasyaAllah, mengenangkan anda semua pergi ke kedutaan-kedutaan  dengan meninggalkan kediaman anda memberikan kami satu perasaan bahawa kami tidak bersendirian dalam perjuangan ini.

Akan tetapi, anda akan pulang semula ke rumah dan mengunci pintu pada waktu malam.  Kami tidak mampu melakukan itu.  Aku sendiri terpaksa meninggalkan rumahku yang berada di tingkat dua pada setiap malam untuk menumpang di rumah adikku di tingkat bawah.  Seandainya kami diserang, adalah lebih mudah untuk kami lari menyelamatkan diri

Namun Umat bertanyakan dimanakah bala tentera kaum Muslim? Dimanakah Kemenangan? Dan dimanakah pemimpin sebenar kami yang akan menyelamatkan kami dari kematian ini?  Dimanakah bala tentera Salahuddin Al Ayubbi?  Usahlah berharap dan merayu kepada PBB, mereka memperkenalkan Israel pada tahun1949 sebagai sebuah Negara dan menjamin nasib kami seperti hari ini. Janganlah berpaling kepada Amerika atau British, apakah mereka tidak mencerobohi umat Islam di Iraq dan Afghanistan. 

Serulah pasukan tentera di Mesir, Syria, Turkey dan Libya.  Dimanakah mereka?  Adakah mereka tegar melihat wanita-wanita meraung dan merintih meminta ikhsan pertolongan pada saat mereka mengebumikan anak-anak kecil mereka?  Adakah jeritan dan tangisan adik-adik,kakak-kakak dan abang-abang kamu didengari oleh telinga-telinga yang pekak?  Kami juga mempunyai hak untuk makan dan minum dalam suasana yang selamat dan sejahtera.  Kami juga mempunyai hak untuk bergembira, ketawa dan hidup dengan dipenuhi impian seperti anda semua.  Ataukah kami tidak berhak???

Ya, memang benar kami sudah keletihan.  Apabila aku mendengar bunyi roket-roket dan bom serta melihat pesawat-pesawat yang berterbangan amat rapat mendekati rumahku, aku menjerit-jerit bersama anak lelaki kecilku dan di saat itu, suamiku hanya mampu terduduk kaku dan tidak berdaya untuk melakukan apa-apa. 

Saudara-saudaraku, tentunya kamu mengetahui bagaimana perasaannya apabila kamu tidak berdaya untuk mempertahankan maruah dan kehidupan keluarga kamu.  Ia membunuh sesuatu dari dalam hati suami ku.  Kami sering tertanya-tanya, bilakah mereka(para pemimpin umat) akan menjual tanah kami ini dengan harga yang murah.  Adakah dengan seribu atau dua ribu kematian.  Kami sedang menunggu untuk melihatnya.  Inilah yang telah terjadi pada kami.

Dengan semua ini, tiada siapa yang dapat menyelamatkan kami melainkan hanya Allah Subhanahu wa Taala.  Janganlah kamu sekalian melupakan kami di sini kerana hanya kamu lah yang kami ada sekarang ini.  Sumbangan dan sedekah kamu tidak sampai ke tangan kami dan apabila mereka membuka sempadan itu, hanya segelintir yang mendapatnya.  Mereka yang mendapatnya(sumbangan) itu juga tidak mampu berbuat apa-apa dengannya kerana kami terpaksa mempertaruhkan nyawa hanya untuk pergi membeli makanan. 

Mereka(Israel) akan membunuh sesiapa sahaja walaupun seorang anak kecil berumur lima tahun yang membawa makanan untuk keluarganya.  Kami ingin hidup dengan usaha dan peluh saudara-saudara Islam kami, bukannya orang lain kerana kami semakin menghampiri kematian.

Teruskan lah usaha di jalan Allah ini dan berdoa serta bekerjalah untuk kemenangan yang semakin menghampiri dan seterusnya bakal menyelamatkan umat di segenap pelusuk, InsyaAllah.

Semoga Allah Subhanahu wa Taala mengukuhkan kita di atas DeenNya pada masa sukar dan senang.  Ya Allah, kurniakanlah kami kemenangan dengan segera dan kembalikan lah Islam di bawah satu kekuasaan yang mana kami hidup di dalamnya.  Ya Allah, kirimkanlah kami anak-anak Salahuddin, tentera Islam untuk menyelamatkan umat Muhammad Sallallahu Alaihi wa Sallam dari kekejaman yang kami sedang bergelumang hidup di dalamnya.  Ya Allah, lindungilah anak-anak kami dan hapuskan lah zionis dari tanah kami.  Ya Allah, saksikanlah pada hari ini, kami mengadukan tentang pengkhianatan pemimpin kami kepadaMu, dan kami berdoa agar Engkau Ya Allah, mengembalikan segera pemimpin sebenar kami, iaitu Khalifah. Amin.

والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Saudarimu Ummu Taqi

بسم الله الرحمن الرحيم

                                 بسم الله الرحمن الرحيم 


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani...
Petunjuk Nabi s.a.w. dalam bab penulisan ialah dengan dimulai bersama  بسم الله, manakala dalam bab memulakan ucapan alhamdulilah cth:                                                                                الحمد لله، نحمده ونستعينه، ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا، ومن سيئات أعمالنا، من يهده اللهُ فلا مُضِلَّ له، ومن يضلل فلا هادي له، وأشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأشهد أن محمدا عبده ورسوله، أما بعد  


Maka, ingin kumulai coretan pertama ini dengan ucapan agung ini, agar keberkatannya mengiringi setiap hurufnya dan hati-hati yang membacanya. Dah lama menunggu sebenarnya nk mewujudkan sbuah blog bg mencurahkan segala coretan yang bermain difikiran, tp ada shj halangan, namun, alhamdulilah hari ni dipermudahkan urusan dgn bantuan Allah s.w.t. mlalui hamba-hambanya yang bernama sahabat.. Melibatkkan diri dalam dunia penulisan maya ni, agak mencabar kerana banyak ujiannya, boleh melekakan klau disalah guna, namun semua tu terletak pada diri ynag mengatur. Mohonlah pada Allah yang memegang hati, agar segalanya teratur mewangi diiringi keredhaannya. ameen~
Harapan insan yang lemah ini, sama-samalah kita berkongsi ilmu dan mabda'(ideologi) yang kita ada, agar sama2 kita dpt kembali ke jalan yg lurus hendakNya.. Banyak lagi yang perlu dipelajari, namun, kehendak yang membuak-buak utk berkongsi sesuatu yang ada di sanubari yang dikira berguna utk umum, menyebabkan, hati ni terpanggil, dan menggerakkan jari jemari ini utk menyusun kalimah-kalimah ini, supaya menjadi kalimah yang berguna iaitu kalimah dakwah yang menyeru ke arah kebaikan. insyaAllah. Akhir kalam utk 1st post ni, smoga mardhatillah mengiringi kita semua.. wallahu'alam..
Related Posts with Thumbnails